Friday 20 April 2012

❤ CHOCLATE WEEKS ❤

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Hai semua. Selamat petang/malam/pagi.

nampak tak gambar atas tuu? Tema post kita harini ialah; CHOCLATE!

Huhhhh! Penat-penat-peeenaaaatttt! Apa yang penat tuu Iera?

This weeks, my club had a Chocolate Weeks. So, kami bertungkus-lumus menjayakan projek kami ni. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Tiada apa-apa halangan. Syukurrr.

Antara product yang kami akan jual ialah;

-LOLLICHOC / yummeeee :D no stock!

-MUFFIN CHOCLATE CHIP / DITANGGUNG NAK LAGI! no stock!

-FLOAT CHOCLATE+VANILLA / Terliur tak sayangg no stock!

- CHOCLATE JELLY / Ummppphhh ! no stock!

- CAKE BATIK

- CAKE CHOCLATE

- CUPCAKE no stock!

Kesimpulannya, BUY OUR PRODUCT KAYY ? YANG BUATNYA KAMI TAUU . RUGI TAK BELI. HEHE .

Ehhh. Jangan risau. Kami akan membuat lagi product yang dah habis tuu. So, kamu bolehlah beli. Thanks.

P/S; I LOVE YOUU, CHOCLATE. UMMMPPHHH !

Nagging :

S’F Love

Thursday 19 April 2012

❤ SALAM TERAKHIR ❤

Assalamualaikum. Hi semua. Malam ni Iera nak beri anda membaca novel hasil karya pertama Iera. Semoga anda suka kab cerita ini!

p/s : untuk penambah baikan, sila comment di chatbox sebelah sanee tuu kay? thanks .

SALAM TERAKHIR


“Yeaahh, yeeaahh! Ayah dah balik! Ayah nak cium?”, aku berlari-lari ke arah ayah yang baru pulang dari kerja pagi itu. Menjadi kebiasaan ayah untuk memeluk dam menciumku sebelum ke kerja dan selepas pulang dari kerja.

Ayah, seorang pengawal. Dia sangat memanjakan aku. Sebagai anak bongsu, ayah sentiasa ingin memenuhi impianku.

“Adik, tak mandi lagi kan?”, tanya ayah kepadaku.

“hehehe. Ayah, hari ini hari jadi adik! Adik nak kek. Nak kek!”

“Ayah tak de duit lah adik. Lain kali ye? Hari jadi tak semestinya kena ada kek kan?”

“Nak jugak! Nak jugak!”, aku merengek-rengek lalu menangis. Ayah membiarkan sahaja aku yang sedang menangis. Lantas ayah pun tidur kerana kepenatan setelah 8jam bekerja. Emak memujukku. Lama-kelamaan aku pun tertidur. Bangun dari tidur aku terlihat sebiji kek coklat berbentuk bulat. Di atasnya terdapat kartun Doraemon yang aku minati. Juga terdapat ayat, “ SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-10”. Hari lahirku jatuh pada bulan Ogos, iaitu 13 Ogos 1996. Ibu bapaku pernah memberitahuku bahawa aku ini anak merdeka kerana bulan Ogos ialah bukan kemerdekaan.

“Adik! Makan”, ayah memanggilku.

Lamunanku terhenti. Baru ku sedar yang aku ini sedang mengingati kenangan lalu yang begitu indah.

“Ya ayah. Jap lagi adik turun makan”. Jawabku segera.

***************************************************

Akhir-akhir ini ayah selalu sakit. Ayah mengambil keputusan untuk bersara daripada pekerjaanya atas nesihat emak. Permohonan ayah diluluskan memandangkan ayah sudah berumur 56 tahun.

Suatu hari, ayah sudah tidak larat untuk bangun. Ayah disahkan menghidapi penyakit strok. Emak pernah membawa ayah ke hospital. Tetapi ayah pula melarikan diri kerana tidak mahu dirawat di hospital. Doktor ada menyatakan bhawa peluang ayah hanya 50peratus.

Semakin hari, ayah semakin tidak bermaya. Selera makan ayah kurang. Ayah hanya terbaring sahaja. Ke tandas pun tidak larat. Emak lah yang terpaksa menguruskan kebersihan diri ayah. Kasihan emak.

“Pelajar Tingkatan 3 boleh masuk ke kelas sekarang”, kedengaran suara ketua pengawas memberi arahan kepada semua pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen.

Aku hanya melakukan apa yang disuruh. Entah mengapa, aku berasa tidak sedap hati hari ini. Tapi aku membiarkan sahaja perasaan itu kerana sangkaanku ianya hanyalah mainan perasaan. Hari ini merupakan hari pertama Penilaian Kurukulum 1. Dan tahun ini jugalah aku menghadapi peperiksaan penting iaitu Penilaian Menengah Rendah. Sasaran ku hanya satu, ingin mendapatkan 8A.. Tetapi, aku percaya bahawa rezeki Allah, tiada siapa yang dapat meramal.

Seperti biasa, kertas pertama hari ini ialah Bahasa Melayu. Alhamdulillah, aku dapat menjawab semua soalan itu. Harapanku agar aku dapat A dalam peperiksaan ini. Loceng berbunyi menandakan sudah rehat. Geografi selepas ini. Itulah subjek yang aku sangat lemah selepas Sains. Ya, aku amat lemah Sains. Walaupun ditempatkan di kelas pertama, namun keputusan subjek Sains aku tidaklah begitu membanggakan. Semenjak sekolah rendah lagi aku memang agak kurang berminat dengan subject ini. Ia diibaratkan sebagai “Killer Subject” bagi diriku.

Aku bergegas ke perpustakaan memandangkan ianya amat berdekatan dengan kelasku, satu blok dengan kelas aku. Peluang diambil untuk membuat sedikit ulangkaji bagi Geografi. Nota ringkas yang diberikan oleh Cikgu Cher ku baca.

“Iera, yok masuk kelas. Jap lagi dah nak bunyi loceng”, ajak Hidayah. Aku mengangguk tanda setuju. Aku bergegas mengemas meja dan mula mengatur langkah untuk ke kelas. Kelihatan Cikgu Norliza sudah berada di dalam kelas.

“Kringggg”, loceng berbunyi.

“Semua pelajar sila letakkan beg dan buku di luar. Peperiksaan akan berjalan 1 minit dari sekarang”, arah Cikgu Norliza, pengajar subjek Matematik kelas Tingkatan 3KTR3.

Pelajar berpusu-pusu keluar kelas untuk melakukan apa yang disuruh. Selepas seminit, semua pelajar sudah pun duduk di tempat masing-masing. Tanpa melengahkan masa, cikgu pun mengedarkan kertas soalan. Aku berdebar. Entah mengapa perasaan ku semakin tidak enak. Tiba-tiba satu pengumuman dari pejabat kedengaran.

“Diminta pelajar yang bernama Syaera Hanis Binti Mohd Sainudin dari kelas 3KTR3 ke pejabat sekarang.”

“Ehh, nama aku.

Kenapa aku dipanggil?”

Aku termangu sebentar.

“Err, cikgu? Izinkan saya ke pejabat sebentar?”

“Kenapa Syaera? Awak ada buat hal ke?”

“Ehh, setahu saya tiada pun cikgu.”

“Takpe la, awak boleh pergi”

Pelbagai persoalan yang bermain di mindaku. Kenapa aku dipanggil? Apa salahku?

Tanganku menggigil. Sesampainya aku dipejabat, aku terlihat kelibat Ustazah Fadzilah.

“Cikgu, kenapa cikgu?”

“Syaera, ayah awak dah meninggal:

“Haa?”, aku terdiam.

“Awak tak bawa beg ya? Awak pergi ke kelas, ambil beg. Hati-hati ya Syaera.”

“Terima kasih, cikgu”. Aku membuka pintu pejabat dengan pelbagai perasaan. Aku seakan tidak mempercayai apa yang telah aku dengari. Aku terserempak dengan Cikgu Zuraidah, guru Bahasa Melayuku.

“Syaera, kenapa?”

“Cikgu, ayah saya….. Ayah saya dah tiada cikgu.”, mencurah-curah airmata ku keluar. Cikgu memelukku. Lalu aku belrlalu dari situ.

Barulah aku sedar gelak ketawa ayahku malam tadi merupakan kenangan terakhir aku bersama ayahku. Ayah sempat bergurau. Ayah juga sempat menyuruh aku belajar bersungguh-sungguh. Baru aku sedar, salamku pada waktu pagi sebelum ke sekolah merupakan salam terakhir antara seorang anak dan seorang bapa. Ayah. Ampunilah segala kesalahan anakmu ini.

Di kelas, semua memandangku. Aku segera mengemas barang dan menyalam tangan Cikgu Norliza. Aku pun pergi menuju ke pejabat semula untuk menunggu kehadiran akak-akakku yang ingin menjemputku. Setengah jam kemudian, akak ku pun tiba. “Angah! Ayah dah tak de”, ngeluhku.

Aku memandang muka Along. Serentak kami bertiga pun menangis. Urusan pelepasan balik awal telah disahkan. Aku pulanh ke rumah. Sepanjang perjalanan, air mataku tidak pernah berhenti. Ianya sentiasa mengalir bagai air sungai yang sentiasa mengalir sepanjang waktu. Angah dan Along meredakan aku. Kami tiga beradik kini sudah menjadi anak yatim. Ayah telah meninggalkan kami. Banyak kereta dihapan rumahku. aku takut. Aku masuk ke rumah. Aku terlihat tempat memandikan jenazah di hadapan rumahku. tanganku menggigil. Aku semakin nangis dan menangis. Ku genggam erat tanganku.

“Ayahh!”.

Ayah ditutup dengan sehelai kain putih. Sayu hatiku melihat ayah dibaringkan diatas katil. Emak pula sedang membaca ayat suci al-Quran. Kelihatan juga orang kampung dan sudara-maraku dating melawat. Tanpa melengahkan masa, aku duduk di sebelah emak. Aku memandang muka emak.

“Emak, ayah tak de”, pilu kata-kataku.

Pantas emak memelukku. Kami menangis. Kemudian aku membaca surah Yasin untuk disedekahkan kepada ayah tersayang sambil menangis.

“Ya Allah, besar sungguh dugaan mu terhadap diriku ini”, aku berfikir.

Selesai sahaja memandikan dan mengafankan ayah, tiba masanya kesempatan terakhir kami adik-beradik mengucup dahi ayah. Muka ayah tersenyum dan amat tenang. Ini saat terakhir aku dapat mencium ayah dan melihat wajah ayah.

“Jenazah nak disembahyangkan dimana?”, tanya Tuk Imam kepada emak.

“Bawalah ke surau. Arwah ada kata kalau dia tiada, dia nak disembahyangkan di surau”, sahut emak.

“Mari lah kita bawa jenazah ini bersama-sama ke surau”, jelas Tuk Imam kepada orang kampung. Kedudukan rumahku dekat dengan surau kerana surau terletak di hadapan rumahku.

Jenazah ayah dibawa ke surau untuk disembahyangkan. Kemudian ayah dibawa menaiki van jenazah. Aku amat tersaa kehilangan ayah yang dicintai. Aku, emak, dan angah mengiringi jenazah ayah sepanjang dalam perjalanan ke kubur. Aku tidak berhenti menangis melihat jenazah ayah di sebelah.

“kalau lah ayah masih hidup, adik pasti akan membuat ayah tersenyum”, detik hatiku di saat ayah dikeluarkan dari van jenazah.

Selesai sahaja pengebumian ayah, aku masih bermain dengan perasaan. Seakan tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Ciuman terakhir aku terhadap ayah akan ku ingati sampai bila-bila. Semoga roh ayah dicucuri Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Kehidupan aku tetap diteruskan walaupun tanpa ayah. Tanggungjawab ayah selepas ini dipikul oleh emak. Semakin bertambahlah beban emak. Ya Allah, kuatkan lah semangat emak.

Setelah 8 bulan berlalu, akhirnya aku menduduki PMR. Aku berazam untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Matematik ialah subjek yang paling digemari oleh ayah, sekiranya aku tidak faham akan sesuatu yang berkaitan kira-kira, ayahlah orang yang pertama yang aku tanya. Pasti dapat dijawabnya.

Pernah juga aku terfikir mengapa Allah sering mengujiku setiap kali aku mengambil peperiksaan penting. Bermula dengan UPSR, ayah dimasukkan ke Hospital Muar kerana masalah mata. Sepanjang 3 hari peperiksaan itulah aku hanya tinggal bersama angah. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaanku pada waktu itu. Sedih sekali apabila insan yang tersayang tiada di sisi kita pada saat-saat penting. Emak memintaku untuk mendoakan ayah selamat. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Pembedahan mata ayah berjaya. Aku juga berjaya mendapat 4A1B dalam UPSR. Syukur ke hadrat Ilahi walaupun tanpa kedua-dua orang ibu bapaku, aku masih berjaya memperolehi keputusan sebegitu.

“Tahniah, Syaera. Awak dapat 7A1B. Kalau awak buat betul-betul mesti dah dapat 8A”, itulah yang dikatakan Cikgu Jamaliah sewaktu hari keputusan PMR diumumkan.

Memang tepat sangkaanku, B aku memang Sains. Terbukti ia KillerSubject bagi aku.

Nada dering telefon bimbitku berkumandang.

“Assalamualaikum, adik. Macam mana result”, Tanya emak. Sememangnya emak tidak mengikut aku sewaktu aku mengambil keputusan.

“Mak, adik dapat 7”, perbualan ku terhenti. Aku berasa amat sedih kerana sasaran yang aku targetkan tidak berjaya aku penuhi.

“Tak pe lah dik. SPM masih ada”, aku mematikan perbualan.

Apabila tiba di rumah, emak terus memelukku. Aku menangis kerana tidak berpuas hati. Akak aku cuba meredakan aku. Aku terfikir PMR bukanlah penamat untuk aku berjaya.

Kini, aku berada di tingkatan 4. Aku ditempatkan di kelas Sains Tulen. Aku akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memenuhi impian ayah. Ayah mahukan aku menjadi seorang pensyarah.

“Ayah, adik akan mencuba memenuhi impian ayah. Sayang ayah”.

Ayah, adakah ayah marahkan adik? Maafkan adik. Sebab tak dapat menunaikan hajat ayah.

/Sayangilah ibu bapa anda. Cerita ini berdasarkan kehidupan saya. Terima kasih

WRITTEN WITH :

S’F love

Tuesday 3 April 2012

❤ Kita Berputar Di Atas Roda Yang Sama ❤

Assalamulaikum . Hi alls . Apa khabar? Hehe . Saranghae Move! Move !
This weekends Iera rasa sedih sangat. Macam-macam terjadi.
Okay, taknak cerita . Biarlah Iera jea yang tahu.
Mungkin setiap apa yangg terjadi ada hikmahnyaa. kan?

Ouchhh. Airmata aku jatuh berjurai-jurai ney. Huuwaaa ;/
Tolong laaa. banyak sangat yang berlaku tanap ku duga.
Everyone? Please forgive me? Please please? Kamu jgan nakal. Hehehe ^^v

Ehhh. Tak kan laah sepanjang entry ni nak bace citee sedih Iera jea kan? Tidak, tidak. Ada topic nak bagi untuk kalian semua niii!
Sekarang kan trend Muslimah kan?
I Jelly taw tengok awek cunnnn meletup kebabooom bila kat bandar. Perggghhh ! Touch up diaa kan. Alaaa mak Datin. Haha
"Kau adaa ?
Takk kaan ? Jeleous? Peduli ape ?"
*Bukan Iera kate, agaknyee laa orang yang dirinya rasa macam HOTSTUFF kate gituu? Maybe . Hikhokk -oo-'

Kalau dulu wanita tergila-gila kan SHAWL/ selandang. But, sekarang perasaan tak orang dah beralih arah untuk memakai kembali tubung bawal/Tudung Empat Segi. kankan ?
Dah ramai dah Iera tegok yang mintak sana-sini tuto pasal PEMAKAIAN TUDUNG EMPAT SEGI.
Sedar tak sedar , kitaa ni berputar di atas roda yang sama.
Apa maksud nya tuu ?
Means, kita ni sentiasa tidak melupakan yang lama, masih ingin mengekalkan yang terdahulu, tetapidalam masa yangg sama kita mengaplikasikannya supaya nampak lagi menarik, tertarik, kau memang DAAA BOOOMMM !
HAHAHAHAHA :D

btw, I shawl. I had more than 100shwal ;)

/Agak-agak ada ke orang baca entry ni? Entah laa\
SPREAD ierahaniss